Wednesday, July 14, 2010

TAMAN NEGARA - PAHANG


Taman Negara adalah kawasan perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.

Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di Sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan kanopi yang terdapat disini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat permandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.

Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang di bina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadi nya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot ataupun berjalan kaki.

Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.

Pengangkutan yang ada disediakan untuk ke Taman Negara.
Pintu masuk ke Taman Negara iaitu Kuala Tembeling yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Bahru (melalui Tumpat) oleh laluan keretapi. Keretapi dari stesen-stesen tersebut berhenti di Tembeling Halt, kira-kira setengah jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling dengan menaiki kereta.

Bot
Pintu masuk utama ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang) dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Cara termudah untuk Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu pacuan 4 roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakkan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.

KAA Travel turut menyediakan pakej di Taman Negara termasuk perkhidmatan Coach/Bus dan juga penginapan seperti chalet ataupun dorm.

Untuk Maklumat lanjut atau berminat, sila hubungi kami di : 03-2148 0604

No comments:

Post a Comment