Wednesday, July 14, 2010

PULAU SIPADAN, SABAH


Pulau Sipadan mempunyai saiz yang kecil iaitu 12 Hektar dan satu-satunya pulau laut dalam Malaysia. Pelawat / Pelancong boleh jalan mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hutan tebal di Pulau ini, menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu yang telah diisytiharkan sebagai kawasan lindungan burung pada tahun 1963 oleh kerajaan Malaysia. Hidupan Krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini.

Jika menyelam disini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat disekitar perairan pulau terumbu karang ini.

KAA Travel turut menyediakan pakej percutian, bulan madu, snorkeling dan skuba. Di antara tempat penginapan yang terdekat hanya terletak di pulau-pulau yang berdekatan seperti di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai.

Untuk maklumat lanjut atau berminat, bolehlah menghubungi kami di sini : 03-2148 0604

No comments:

Post a Comment