Tuesday, July 20, 2010

KUCHING, SARAWAK


Kuching terletak ditebing Sungai Sarawak yang terletak pula dibahagian barat laut Pulau Borneo.

Kuching mempunyai iklim tropika yang sederhana panas serta banyak berhujan. Kuching adalah bandaraya yang paling lembap di Malaysia. Bulan-bulan yang paling lembap adalah antara November dab Februari semasa musim Monsun Timur Laut.

Kuching mendapat sebanyak lima jam sinaran matahari pada puratanya setiap hari. Pada bulan Januari, semasa kemuncak musim monsun, sinaran matahari setiap hari adalah lebih kurang 3.7 jam. Hujan lebat pada tempoh ini kekadang mengakibatkan banjir.

Jumlah penduduk urban utama Kuching ialah sebanyak 634,517 manakala keseluruhan kawasan Metropolitan Kuching dianggarkan memiliki 980 000 penduduk. Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang melayu, Dayak, Cina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada Orang Iban, Bidayuh, Melanau dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien dikawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), Teochew, Hainan, Kantonis, Henghua dan lain-lain lagi.

Agama-agama utama penduduk Kuching ialah Islam, Buddhisme, dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama islam dan menurut undang-undang, semua orang melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakkan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakkan adalah Muslim.

- Tarikan Pelancong -
Di dalam bandar, terdapat beberapa muzium seperti Muzium Sarawak yang amat dikenali, Muzium Cina, Muzium Kuching dan lain-lain yang patut dikunjungi semasa melawat Kuching. Mercu Tanda dan tapak menarik termasuk Astana (bekas istana raja), Kubu Margherita, Kuil Tua Pek Kong dan Bazar Besar. Kawasan Dermaga Kuching, yang sebenarnya merupai sebuah esplanad tepi sungai, terletak disebelah kanan hotel-hotel utama serta kawasan tengah komersil bandar raya dan membekalkan kawasan untuk bersiar-siar pada waktu petang. Kedai-kedai lama disebelah sana kawsan dermaga menjual berbagai-bagai barang 'antik' dan kraftangan.

Sebilangan kawasan menarik yang lain terletak berhampiran dengan pusat bandar termasuk Jalan Padungan yang merupakan kawasan Pekan Cina utama di bandar raya ini. Kedai-kedai yang kelihatan tidak pernah berubah sejak 20 tahun dahulu memberikan wawasan yang mempesonakan tentang kehidupan pada masa dahulu. Jalan Carpenter dan Jalan India masih mengekalkan daya tarikan dunia lama, walaupun proses globalisasi tidak henti-henti mencerobohinya. Bangunan Mahkamah lama merupakan penghubung antara Jalan Carpenter dan Jalan India dan berbaloi untuk dikunjungi bagi mngenang kembali keindahan kolonial yang menjadi pudar (kini dipulihkan dan dimodenkan). Taman-taman di sekeliling bandar raya yang dijaga dengan baik juga merupakan tempat-tempat yang baik untuk dikunjungi. Sebuah konsep 'Garden City' juga telah dicadangkan untuk bandar Kuching.

Kami di KAA Travel menawarkan tawaran hebat pelbagai pakej percutian dan penginapan yang murah hinggakan hotel bertaraf 5 bintang. Selain itu, tiket penerbangan dan melancong juga kami masukkan di dalam pakej-pakej percutian.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi kami di KAA Travel & Tours Sdn Bhd di : 03-2148 0604 / Email : kaatravel.tours@gmail.com

No comments:

Post a Comment