Wednesday, July 21, 2010

KUALA TERENGGANU


Kuala Terengganu adalah satu bandar raya perdagangan Maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan china. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara Kota Persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.

Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Bagaimanapun, selepas empayar Melaka menakluk bandar ini pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama dikawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakkan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.

Bandar Kuala Terengganu dikatakan bermula sebagai pusat perniagaan dan pengumpulan hasil semenjak zaman berzaman. Penduduk di sepanjang Sungai Terengganu membawa hasil pertanian dan hutan melalui jalan sungai, manakala para nelayan menukarkan hasil tangkapan mereka. Kawasan perniagaan utama di Kuala Terengganu terletak di Jalan Kampung Cina, Jalan Banggol dan Tanjong.

Pada masa kini, Kuala Terengganu berubah menjadi sebuah bandar moden yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Kepesatan Kuala Terengganu yang mempunyai keluasan 60,5281.1 hektar dapat dilihat daripada segi pembangunan infrastruktur antaranya Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kompleks Sukan Gong Badak, Kampus Universiti Darul Iman (UDM), Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kuala Terengganu turut menekankan sektor pelancongan sebagai pemacu ekonomi negeri.

-Pelancongan -
Antara tempat menarik termasuk Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Pasar Payang, Istana Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Kompleks Kraff Noo Arfa.

Kuala Terengganu terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti; tarian ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.

Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perahu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Teluk Pasu dan Pulau Rusa.

Pantai dan pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti Pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, Pantai Batu Buruk, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kami di KAA Travel menawarkan pilihan hebat pelbagai hotel yang murah hinggakan bertaraf 5 bintang. Selain itu juga, tiket penerbangan, pengangkutan dan tour telah kami masukkan ke dalam pakej pakej percutian.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi kami di ; 03-2148 0604 / Email : kaatravel.tours@gmail.com

No comments:

Post a Comment