Tuesday, July 20, 2010

PULAU REDANG


Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan.

Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik.

Di waktu tengahari, apabila matahari bersinar terang menebusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis, anemone dan ikan yang berwarna-warni.

Perairan di Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S Prince of Wales dan H.M.S Repulse yang karam disini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya.

Pulau yang indah ini amat sesuai untuk aktiviti snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan menaiki kanu. Oleh kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan dikawasan lingkungan sejauh 3.2km dari Pulau.

Pelawat juga dilarang mengumpul batu karang atau sebarang hidupan laut yang lain. Kemudahan padang golf juga ditawarkan dengan persekitaran yang mempesona.

-Pengangkutang-
Mulakan penerokaan pulau-pulau disini dengan menaiki bot disalah satu jeti di Kuala Terengganu dan Merang. Perjalanan bot ke Pulau Redang memakan masa selama satu jam dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Merang.

Kami di KAA Travel menawarkan pilihan terhebat dengan pelbagai jenis pakej yang harga terendah dan penginapan ke taraf 5 bintang. Jika anda ke sini untuk menyelam skuba, anda disarankan menempah tempat penginapan sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di KAA Travel & Tours Sdn Bhd ; 03-21480604 / Email - kaatravel.tours@gmail.com

No comments:

Post a Comment