Wednesday, July 21, 2010

KUALA TERENGGANU


Kuala Terengganu adalah satu bandar raya perdagangan Maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan china. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara Kota Persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.

Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Bagaimanapun, selepas empayar Melaka menakluk bandar ini pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama dikawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakkan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.

Bandar Kuala Terengganu dikatakan bermula sebagai pusat perniagaan dan pengumpulan hasil semenjak zaman berzaman. Penduduk di sepanjang Sungai Terengganu membawa hasil pertanian dan hutan melalui jalan sungai, manakala para nelayan menukarkan hasil tangkapan mereka. Kawasan perniagaan utama di Kuala Terengganu terletak di Jalan Kampung Cina, Jalan Banggol dan Tanjong.

Pada masa kini, Kuala Terengganu berubah menjadi sebuah bandar moden yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Kepesatan Kuala Terengganu yang mempunyai keluasan 60,5281.1 hektar dapat dilihat daripada segi pembangunan infrastruktur antaranya Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kompleks Sukan Gong Badak, Kampus Universiti Darul Iman (UDM), Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kuala Terengganu turut menekankan sektor pelancongan sebagai pemacu ekonomi negeri.

-Pelancongan -
Antara tempat menarik termasuk Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Pasar Payang, Istana Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Kompleks Kraff Noo Arfa.

Kuala Terengganu terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti; tarian ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.

Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perahu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Teluk Pasu dan Pulau Rusa.

Pantai dan pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti Pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, Pantai Batu Buruk, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kami di KAA Travel menawarkan pilihan hebat pelbagai hotel yang murah hinggakan bertaraf 5 bintang. Selain itu juga, tiket penerbangan, pengangkutan dan tour telah kami masukkan ke dalam pakej pakej percutian.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi kami di ; 03-2148 0604 / Email : kaatravel.tours@gmail.com

Tuesday, July 20, 2010

PULAU REDANG


Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan.

Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik.

Di waktu tengahari, apabila matahari bersinar terang menebusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis, anemone dan ikan yang berwarna-warni.

Perairan di Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S Prince of Wales dan H.M.S Repulse yang karam disini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya.

Pulau yang indah ini amat sesuai untuk aktiviti snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan menaiki kanu. Oleh kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan dikawasan lingkungan sejauh 3.2km dari Pulau.

Pelawat juga dilarang mengumpul batu karang atau sebarang hidupan laut yang lain. Kemudahan padang golf juga ditawarkan dengan persekitaran yang mempesona.

-Pengangkutang-
Mulakan penerokaan pulau-pulau disini dengan menaiki bot disalah satu jeti di Kuala Terengganu dan Merang. Perjalanan bot ke Pulau Redang memakan masa selama satu jam dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Merang.

Kami di KAA Travel menawarkan pilihan terhebat dengan pelbagai jenis pakej yang harga terendah dan penginapan ke taraf 5 bintang. Jika anda ke sini untuk menyelam skuba, anda disarankan menempah tempat penginapan sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di KAA Travel & Tours Sdn Bhd ; 03-21480604 / Email - kaatravel.tours@gmail.com

SABAH


Sabah / Kota Kinabalu adalah destinasi yang menarik hati pelancong. Negara ini kaya dengan kehidupan laut dan dikelilingi oleh pantai yang terbentang luas lagi memutih dan masih mengekalkan keindahan semulajadinya.

Terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan utama dia Sabah ; antaranya Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker, Poring Hot Spring, Warisan Marin, Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok, Pulau Sipadan dan hutan tropika Lembah Danum. Sabah dikurniakan dengan keindahan persekitaran dan alam marin serta kepelbagaian hidupan flora dan fauna di sekelilingnya.

Sabah juga terkenal dengan masyarakat etnik, budaya dan resam yang menjadi simbol keharmonian sosial. Budaya hidup yang diamalkan rakyat tempatan Sabah, yang unik menambah satu lagi dimensi kepada kehidupan di negeri Sabah. Suku Kaumnya yang terdiri daripada berbilang kaum yang ramah dan hidup dalam keadaan yang harmoni menambahkan lagi keindahan negeri Sabah. Kadazan-Dusun suku kaum yang terbesar di Sabah hidup harmoni bersama kaum yang lain seperti Bajau, Brunei, Iranun, Melayu, Cina dan beberapa kaum yang lain dan membentuk kebudayaan yang unik di Malaysia amnya dan di Kepulauan Borneo Khususnya.

Ibu negeri Sabah, Bandaraya Kota Kinabalu adalah bandaraya yang telah membangun. Bandaraya Kota Kinabalu kini telah melalui proses permodenan dengan insfrastruktur yang terkini. Arus pembangunan yang pesat seperti kewujudan bangunan-bangunan moden, institusi-institusi utama dan sektor perindustrian telah menyedarkan pandangan umum terhadap Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya masa depan.

Kami di KAA Travel menawarkan pilihan hebat pelbagai pakej percutian, penginapan dari yang murah hinggakan ke hotel bertaraf 5 bintang. Selain itu juga, Tiket penerbangan dan Airport transfer kami masukkan ke dalam pakej-pakej percutian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di KAA Travel & Tours Sdn Bhd di 03-2148 0604 / Email - kaatravel.tours@gmail.com

KUCHING, SARAWAK


Kuching terletak ditebing Sungai Sarawak yang terletak pula dibahagian barat laut Pulau Borneo.

Kuching mempunyai iklim tropika yang sederhana panas serta banyak berhujan. Kuching adalah bandaraya yang paling lembap di Malaysia. Bulan-bulan yang paling lembap adalah antara November dab Februari semasa musim Monsun Timur Laut.

Kuching mendapat sebanyak lima jam sinaran matahari pada puratanya setiap hari. Pada bulan Januari, semasa kemuncak musim monsun, sinaran matahari setiap hari adalah lebih kurang 3.7 jam. Hujan lebat pada tempoh ini kekadang mengakibatkan banjir.

Jumlah penduduk urban utama Kuching ialah sebanyak 634,517 manakala keseluruhan kawasan Metropolitan Kuching dianggarkan memiliki 980 000 penduduk. Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang melayu, Dayak, Cina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada Orang Iban, Bidayuh, Melanau dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien dikawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), Teochew, Hainan, Kantonis, Henghua dan lain-lain lagi.

Agama-agama utama penduduk Kuching ialah Islam, Buddhisme, dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama islam dan menurut undang-undang, semua orang melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakkan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakkan adalah Muslim.

- Tarikan Pelancong -
Di dalam bandar, terdapat beberapa muzium seperti Muzium Sarawak yang amat dikenali, Muzium Cina, Muzium Kuching dan lain-lain yang patut dikunjungi semasa melawat Kuching. Mercu Tanda dan tapak menarik termasuk Astana (bekas istana raja), Kubu Margherita, Kuil Tua Pek Kong dan Bazar Besar. Kawasan Dermaga Kuching, yang sebenarnya merupai sebuah esplanad tepi sungai, terletak disebelah kanan hotel-hotel utama serta kawasan tengah komersil bandar raya dan membekalkan kawasan untuk bersiar-siar pada waktu petang. Kedai-kedai lama disebelah sana kawsan dermaga menjual berbagai-bagai barang 'antik' dan kraftangan.

Sebilangan kawasan menarik yang lain terletak berhampiran dengan pusat bandar termasuk Jalan Padungan yang merupakan kawasan Pekan Cina utama di bandar raya ini. Kedai-kedai yang kelihatan tidak pernah berubah sejak 20 tahun dahulu memberikan wawasan yang mempesonakan tentang kehidupan pada masa dahulu. Jalan Carpenter dan Jalan India masih mengekalkan daya tarikan dunia lama, walaupun proses globalisasi tidak henti-henti mencerobohinya. Bangunan Mahkamah lama merupakan penghubung antara Jalan Carpenter dan Jalan India dan berbaloi untuk dikunjungi bagi mngenang kembali keindahan kolonial yang menjadi pudar (kini dipulihkan dan dimodenkan). Taman-taman di sekeliling bandar raya yang dijaga dengan baik juga merupakan tempat-tempat yang baik untuk dikunjungi. Sebuah konsep 'Garden City' juga telah dicadangkan untuk bandar Kuching.

Kami di KAA Travel menawarkan tawaran hebat pelbagai pakej percutian dan penginapan yang murah hinggakan hotel bertaraf 5 bintang. Selain itu, tiket penerbangan dan melancong juga kami masukkan di dalam pakej-pakej percutian.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi kami di KAA Travel & Tours Sdn Bhd di : 03-2148 0604 / Email : kaatravel.tours@gmail.com

Wednesday, July 14, 2010

TAMAN NEGARA - PAHANG


Taman Negara adalah kawasan perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.

Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di Sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan kanopi yang terdapat disini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat permandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.

Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang di bina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadi nya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot ataupun berjalan kaki.

Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.

Pengangkutan yang ada disediakan untuk ke Taman Negara.
Pintu masuk ke Taman Negara iaitu Kuala Tembeling yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Bahru (melalui Tumpat) oleh laluan keretapi. Keretapi dari stesen-stesen tersebut berhenti di Tembeling Halt, kira-kira setengah jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling dengan menaiki kereta.

Bot
Pintu masuk utama ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang) dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Cara termudah untuk Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu pacuan 4 roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakkan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.

KAA Travel turut menyediakan pakej di Taman Negara termasuk perkhidmatan Coach/Bus dan juga penginapan seperti chalet ataupun dorm.

Untuk Maklumat lanjut atau berminat, sila hubungi kami di : 03-2148 0604

PULAU SIPADAN, SABAH


Pulau Sipadan mempunyai saiz yang kecil iaitu 12 Hektar dan satu-satunya pulau laut dalam Malaysia. Pelawat / Pelancong boleh jalan mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hutan tebal di Pulau ini, menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu yang telah diisytiharkan sebagai kawasan lindungan burung pada tahun 1963 oleh kerajaan Malaysia. Hidupan Krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini.

Jika menyelam disini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat disekitar perairan pulau terumbu karang ini.

KAA Travel turut menyediakan pakej percutian, bulan madu, snorkeling dan skuba. Di antara tempat penginapan yang terdekat hanya terletak di pulau-pulau yang berdekatan seperti di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai.

Untuk maklumat lanjut atau berminat, bolehlah menghubungi kami di sini : 03-2148 0604